Ads Top

 

Pasu plastik tinggi 23.5cm di Shopee


Pada 22 Ogos haritu, aku beli pasu plastik dekat Shopee. Dah berhari-hari aku survey dekat Shopee pasu plastik yang tinggi tetapi murah. Dah puas cari, alhamdulillah akhirnya berjumpa juga saiz pasu yang diingini. Murah pula tu daripada kedai lain untuk saiz macam aku nak tu. Aku prefer warna putih. Tapi warna koko sahaja yang ada. Kalau rajin nanti aku cat sendiri dengan warna aku nak haha. Tapi kalau lepas tu aku rasa macam okay je warna koko tu, jadi lagi okaylah tak payah cat balik dah..huhu..





Aku memang kena beli banyak jugak pasu ni tak boleh sikit-sikit sebab pokok cabai merah aku tu dah semakin membesar. Aku bukan risau pokok cabai merah aku tu nanti terbantut atau mati ke, tapi aku kesian tengok pokok-pokok cabai merah tu berada di dalam pasu yang kecik. Ada 2 pokok yang sudah nampak besar berkongsi satu pasu yang kecik. Jadi aku rasa sudah sampai masa aku pindahkan pokok-pokok yang dah besar tu ke dalam pasu yang bersaiz lebih sesuai. Aku beli 10 buah pasu. Aku amik yang lebih tinggi sebab aku plan untuk jadikan pasu tu pasu yang kekal untuk pokok-pokok cabai merah ni. Tak pindah dah.


Pasu kecik boleh angkat sebelah tangan saja. 
Pokok makin besar. Tengok tu pucuk baru nak keluar lagi.




buyers' review pun okay. Lepas tu, turn aku pulak review. 
Memang boleh ulang beli lagi dekat kedai ni selagi tak jumpa kedai yang lebih murah.



   
packaging memang kemas.



anak aku sekarang ni suka betul pakai baju abah dia. 
Kalau dia pakai masa tidur tu nampak macam pyjama pulak hihi.

Pokok-pokok cabai merah belakang anak aku tu akan dipindahkan ke dalam pasu baru ni.



 
masa mula-mula tengok pasu tu, aku ingat yang bulat-bulat dekat penjuru tu saluran air dia. Maklumlah amatur kannn.. aku fikir jenuhlah nak tebuk lubang sebab nampak keras sahaja. Lepas tu aku nampak kotak-kotak kecik ni dekat tengah-tengah pasu baru aku terpikir yang bulat-bulat kat penjuru tadi tu adalah kaki pasu ni. Jadi yang kotak-kotak kecik dekat tengah itulah baru saluran air keluar.. Jadi, terus aku amik gunting dapur dan lepas tu proses menebuk lubang saluran air pasu pun dijalankan dengan perasaan gila excited haha.


Aku ingat lagi, masa aku tebuk baru 3-4 pasu tu cuaca panas petang. Masa tu lebih kurang pukul 5.30 macam tu aku keluar tengok pokok dan pasu. Tetiba langit hitam, angin kuat dan hujan turun dengan sangat lebat macam tak percaya tadi panas. Masuk dalam rumah. Malam tu hujan dah berhenti. Lebih kurang pukul 9 macam tu aku terus pindahkan pokok ke dalam pasu. Tak boleh sabar kan?


 
pokok yang sudah dipindahkan. 
Semoga sihat dan memberikan hasil yang memuaskan hati nanti. amin.



3 ulasan:

  1. Mudah2an cepat membesar dan mengeluarkan hasil
    jangan lupa bagi baja foliar

    BalasPadam
    Balasan
    1. amiiin..
      nanti saya google baja tu pakcik.
      terima kasih byk2 pakcik sudi guide saya.

      Padam
  2. Murah tu.kurang singgit sebekas

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.